Sunday, October 4, 2009

Kisah di Bulan Ramadhan

Hai kengkawan..................adoiiii mmg lama x update mcm2 kisah berlaku pada diri ini sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini. Ana cuba mengimbau kembali apa yg sudah berlaku sepanjang 2 bulan islam ini. Seperti biasa buat kesekian kalinya aku berpuasa di 'NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK INI' dengan bersendirian . namun pada tahun ini aku berazam, aku akan mencari housemate untuk memeriahkan suasana rumah sewaku. Pelbagai cara telah ku lakukan meletak poster di tiang2 banggunan untuk mencari housemate, memesan kepada kengkawan n kenalan, iklankan di ym dan facebook tetapi tidak juga berjaya.sehinggalah pada satu hari aku telah menggatalkan tangan ku membuka laman web MUDAH.COM. dan aku mencuba mengiklankan pencarian housemate ku. x sampai satu jam. Berderu-deru org call. pada awalnya aku ingin memilih golongan perantau untuk menjadi housemate ku. namun Allah lebih tahu. akhirnya yg menjadi housemate ku orang Kelantan dan Terengganu. Aku tetap bersyukur mendapat housemate yang tidak merokok dan kuat juga beribadat. alhamdulillah. kini aku telah mempunyai housemate kembali huhuhuhu........................................................... tutup bab housemate.


la ni pakcik nak cerita, kisah disebalik bulan ramadhan pada tahun ini, aku telah berkenalan dengan seorang yang boleh ku anggap ABG. ku namakannya sebagai M. M BERUMUR LINGKUNAGAN 30AN pernah berkahwinan dan duda. M sgt baik, m mengaanggapaku sebagai adiknya. pada satu malam selepas bertarawikh M telah membawaku berjumpa dengan kenalan nya dan kami minum bersama-sama. di situ aku mula mengenali S dan D. mereka sangat peramah. Pada pertemuan ke2 pula aku mula mengenali A dalam masa yang sama S dan D turut ada bersama. Alhamdulilah pertemuan kami semua tidak berakhir disitu sahaja. kami semakin lama semakin rapat. Aku, M, S, D dan A sudah menjadi begitu akrab. masing masing bagaikan ada satu hubungan kimia( bukan hubungan biologi ok) membuatkan kami semua meriah dan seronok. Inilah kali pertama setelah bertahun tahun meninggalkan alam belajar aku berkumpul ramai ramai begini membuat aktiviti aktiviti bersama sama.Walaupun seramai 5 orang sahaja aku dapat rasakan hubungan persahabatan itu terjalin indah subur ditanah yang subur. Aku berharap ,M,S,D dan A akan menjadi kawan ku sahabat ku sampai bila bila..............................

selesai bab sahabat kita beralih bab cinta kekkekkeke...........................oopss tergatal pulokkk.sorry. bab perasaan la senang cerita. berlaku dibulan ramadhan juga. Aku n Si dia SEMAKIN MESRA ( masih berpegang dengan al quran n sunnah) bukan terma mesra yang selalu digunakan oleh anak muda zaman sekarang. pada satu ptg si dia meminta tolongg ku membelikan keropok lekor losong untuk dibawa balik ke tempat belajar kerana beliau tidak sempat keluar untuk membelinya kerana sibuk memasak juadah berbuka puasa. Atas sebab perihatin dan ingin membantu aku telah membeli keropok losng tersebut dan menghantar kerumahnya. kali pertama aku pergi kerumah anak gadis. tetapi berita tentang pemergian ku kerumahnya telah diketahui oleh ibunya.dan telah mendapat keizinan ibunya. sepanjang perjalanan kerumahnya hati ku berdebar-debar, tak tahu kenapa. Dengan izin ALLAH aku mudah mencari rumahnya dan dapat berjumpa dengan si dia. itulah kali pertama aku berjumpanya di rumahnya.



PERGGHHHHH........................ringkas tapi padat. itu belum masuk kisah dibulan syawal lagi. Kita bersambung dihari yang lain pulok. pakcik nak gedik manja sebentar kekkekkekek.