Sunday, November 15, 2009

Aku Mampu Tersenyum


Seringkali kita baca monolog dan cerita dalam bentuk karangan dan perenggan. kali ini saya membawa anda kearah penceritaan disebalik dialog. Ini adalah secebis perbualan (bukan kisah sebenar, watak juga bukan watak sebenar) tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati.kekkekekke SKEMA la pulok isshhh ni blog ADA AKU KESAH mesti sempoiiiiii kekkek. k baca ek

kj: aku mampu tersenyum

Dd Dido: aku pun.....

biarlah ia menjadi kisah dan kenangan,sekurg2 nya aku penah gembira dan ceria, aku x nak disakiti dan menyakiti, hati ini telah pedih dan penah dilukai , izinkan aku mjd pnghibur dikala sunyi itu sudah cukup mmbuat ku bahagia

Dd Dido: aku tak cuba mencalar luka lama

Dd Dido: sekadar berkongsi rahsia yg diterima

Dd Dido: bukan juga sekadar penyedap bicara

Dd Dido: ataupun omong-omong kosong semata

Dd Dido: ianya adalah luahan rasa apa yang aku rasa

Dd Dido: dari sahabat tentang perasaannya

Dd Dido: terpulang bagaimana cara menilainya

Dd Dido: tanya hati, sedarkan jiwa

Dd Dido: akan terbitlah jawapannya....

Dd Dido: Wallahualam....

aku takut sejarah lama berulang lagi cukup lah aku penah sakit dan disakiti xtertahan rasanya diri menanggung aku sedar aku dari mana

kj: aku sedar

kj: aku x sama

namun aku punya hati dan perasaan kusembunyikan persaan disebalik kegembiraan utk melihat org lain gembira dan bahagia kerana itu adalah aku jika ada sekelumit dan sedetik perasaan aku cuba menafikan kerna aku tahu aku bukan untuknya kerna dia berhak mendapat yg lebih baikdr apa yg dia ada skrg

Dd Dido: dari bahasamu, memang betul dugaanku

Dd Dido: dari bait2 kata2mu, aku tahu betapa sakitnya kamu

Dd Dido: sama juga dengan ku

Dd Dido: disakit dan dikecewakan mainan sejak dulu

Dd Dido: sembunyikan persaan untuk melihat org len gembira juga prinsipku

Dd Dido: jadi mmg tak syak lagi mmg betul dugaanku

Dd Dido: ko mmg ada menyimpan sesuatu

kj: sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL

kj: MENEMUKAN SESUATU KEPADA SESEORG UTK MELIHAT SEJAUH MN KITA DAPAT MNGHARUNGI DUGAAN ITU

kj: ku cuba dan terus mencuba

kj: namun aku adalah aku

kj: aku menjadi tempat persinggahan sementara

kj: sebelum dia mnemui cinta sejati

Dd Dido: Allah itu memang sejak azali adil

Dd Dido: cuma kita sahaj yang cuba berdolak dalih

Dd Dido: semua manusia adalah persingahan

Dd Dido: takder yang kekal didunia ini

kj: tekadang aku rasa mnyesal,tekadang aku rasa bhgia

kj: bila sedetik tak bersama

kj: aku mjadi x keruan

kj: apetah lagi sehari , seminggu dan sebulan

kj: namun

kj: aku adalah aku

kj: sape lah aku

kj: untuk punya harapan

kj: begitu tinggi

kj: sedangkan aku bagaikan pipit

kj: xkan enggang mahukan pipit

kj: yg kecil myembah bumi

kj: sedangkan enggang terus terbang tinggi

kj: aku pasrah jika aku juga senasib dgn insan insan lain

kj: kerna ku tahu

kj: aku adalah aku

kj: sedar diri adlh prinsip ku

kj: tiada angan-angan setinggi layang2

kj: kerna bila ditiup angin

kj: akan terputus jua ditengah jalan

Friday, November 13, 2009

Salam Satu Malaysia


'Salam satu Malaysia' ungkapan ini sering ku lontarkan pada sahabat-sahabatku tidak kira di telefon, ym dan sewaktu berjumpa. Macam-macam reaksi yang timbul.ada yang tergelak, ada yang mengekekkk ada yang terkedu x tau nak balas ape dan xkurang juga ada yang mempersoalkan nya. sepertia biasa trademarkku ADA AKU KESAH kekkekekke. 'D' plg suka mengekekkk dan ketawa kengkadang sampai seminit setengah mengekekkk kkekkeke. 'S' seperti biasa xpenah kalah dalam melontarkan jawapan balas.'A' pula mempoyokan diri dengan membalas jawapan merapu. adoyaiiiiiiii macam2 peel dorg semua ni. Tapi aku still seronok.

Tak kenal maka x cinta, Pada satu hari 'A' datang kerumahku lepak2 dirumahku dan pada ketika itu aku sedang mentenetkan diri dengan Facebook dan berYM kekkeke. 'A' pun menggedik bersama melihatku bertenet. Aku seperti biasalah kalu tetamu datang mestilah menghidangkan air.paling tidak air teh kosong,(maklum la orang bujang) aku pun meninggalkan LAPPY kesayangan ku bersama 'A' tanpa menutup facebook dan ym ku. sedang dalam proses membuat air kepada tetamu, 'A' pula dengan boring dan tak tahu nak buat ape telah tertengok fren ym list ku.dan matanya tertancap ...........WAH ayat tertancap tu. ade ke dlm kamus? kekkekke. matanya tertancap pada satu fren ym aku dlm list iaitu 'W'. sebaik sahaja aku sampai diruang tamu dengan penuh sopan santun.sopan ke? dengan membawa dulang berisi seteko air teh dan 2 set cawan , A bertanya kepadaku sape W dlm fren list ym aku. Aku pun terkezut sebentar beginilah dialog perbualan kami

Aku : Wat pe mu tgk aku nyer ym?
A : Aku dop tgk pun, tapi aku TERTENGOKK (sambil senyuman plastik dr nya terlontar)
Aku: isshhh mu ni........

Aku x marah pun, cuma tanya je. dialog diteruskan lagi

A : wei sape W tu, mu kenal guane?
Aku : eh ko ni tu kawan aku la, doh ym list aku.kawan aku la
A : tau la kawan mu tapi sape, W ni pun kawan aku jugak
Aku : eh ye ke..........ermmmmmmmmm pelik. tu kawan lama aku
A : kwn lama?

nak dipendekkan cerita, W ni adalah kawan aku dan A. issh ishhh keciknya dunia.Cuma nya W ni dah lama lost contact dengan aku. ada dekat 9 tahun kot after SPM2000 terus lost contact. aku dengan W ada kisah tersendiri. ermmmmmmmm xpelah xyah ingat lagi.


ermmmmmmmmm.................tetiba teringat dialog n kenangan ini.so terzahir di blog ini kkekkek

selepas itu kami bergerak ke rumah 'D' untuk pergi rumah terbuka kawan D. lama sungguh cerita ini masa hari raya kkekke.baru teringat nak tulis.

Akhirnya terupdate juga blog aku ni. walaupun kisah lama hehhehheh

Sunday, October 4, 2009

Kisah di Bulan Ramadhan

Hai kengkawan..................adoiiii mmg lama x update mcm2 kisah berlaku pada diri ini sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini. Ana cuba mengimbau kembali apa yg sudah berlaku sepanjang 2 bulan islam ini. Seperti biasa buat kesekian kalinya aku berpuasa di 'NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK INI' dengan bersendirian . namun pada tahun ini aku berazam, aku akan mencari housemate untuk memeriahkan suasana rumah sewaku. Pelbagai cara telah ku lakukan meletak poster di tiang2 banggunan untuk mencari housemate, memesan kepada kengkawan n kenalan, iklankan di ym dan facebook tetapi tidak juga berjaya.sehinggalah pada satu hari aku telah menggatalkan tangan ku membuka laman web MUDAH.COM. dan aku mencuba mengiklankan pencarian housemate ku. x sampai satu jam. Berderu-deru org call. pada awalnya aku ingin memilih golongan perantau untuk menjadi housemate ku. namun Allah lebih tahu. akhirnya yg menjadi housemate ku orang Kelantan dan Terengganu. Aku tetap bersyukur mendapat housemate yang tidak merokok dan kuat juga beribadat. alhamdulillah. kini aku telah mempunyai housemate kembali huhuhuhu........................................................... tutup bab housemate.


la ni pakcik nak cerita, kisah disebalik bulan ramadhan pada tahun ini, aku telah berkenalan dengan seorang yang boleh ku anggap ABG. ku namakannya sebagai M. M BERUMUR LINGKUNAGAN 30AN pernah berkahwinan dan duda. M sgt baik, m mengaanggapaku sebagai adiknya. pada satu malam selepas bertarawikh M telah membawaku berjumpa dengan kenalan nya dan kami minum bersama-sama. di situ aku mula mengenali S dan D. mereka sangat peramah. Pada pertemuan ke2 pula aku mula mengenali A dalam masa yang sama S dan D turut ada bersama. Alhamdulilah pertemuan kami semua tidak berakhir disitu sahaja. kami semakin lama semakin rapat. Aku, M, S, D dan A sudah menjadi begitu akrab. masing masing bagaikan ada satu hubungan kimia( bukan hubungan biologi ok) membuatkan kami semua meriah dan seronok. Inilah kali pertama setelah bertahun tahun meninggalkan alam belajar aku berkumpul ramai ramai begini membuat aktiviti aktiviti bersama sama.Walaupun seramai 5 orang sahaja aku dapat rasakan hubungan persahabatan itu terjalin indah subur ditanah yang subur. Aku berharap ,M,S,D dan A akan menjadi kawan ku sahabat ku sampai bila bila..............................

selesai bab sahabat kita beralih bab cinta kekkekkeke...........................oopss tergatal pulokkk.sorry. bab perasaan la senang cerita. berlaku dibulan ramadhan juga. Aku n Si dia SEMAKIN MESRA ( masih berpegang dengan al quran n sunnah) bukan terma mesra yang selalu digunakan oleh anak muda zaman sekarang. pada satu ptg si dia meminta tolongg ku membelikan keropok lekor losong untuk dibawa balik ke tempat belajar kerana beliau tidak sempat keluar untuk membelinya kerana sibuk memasak juadah berbuka puasa. Atas sebab perihatin dan ingin membantu aku telah membeli keropok losng tersebut dan menghantar kerumahnya. kali pertama aku pergi kerumah anak gadis. tetapi berita tentang pemergian ku kerumahnya telah diketahui oleh ibunya.dan telah mendapat keizinan ibunya. sepanjang perjalanan kerumahnya hati ku berdebar-debar, tak tahu kenapa. Dengan izin ALLAH aku mudah mencari rumahnya dan dapat berjumpa dengan si dia. itulah kali pertama aku berjumpanya di rumahnya.



PERGGHHHHH........................ringkas tapi padat. itu belum masuk kisah dibulan syawal lagi. Kita bersambung dihari yang lain pulok. pakcik nak gedik manja sebentar kekkekkekek.

Friday, August 21, 2009

AH LAN WAH SAH LAN YA RAMADHAN


PERGHHHHHHHHHHHHH.....................lama giler x update blog aku ni.anyway

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAAMDHAN AL MUBARAK pada tahun ini. alhamdulillah bersyukur ku kerana dipertemukan sekali lagi dalam bulan ramdhan pada tahun ini. Insyaallah sepanjang bulan ramadhan ini saya akan bekalkan beberapa tazkirah untuk renungan bersama.

Saturday, July 4, 2009

KOPEK @ BUKA DURIAN

alahaiiiiiiii........................smlm jiran sebelah dengan baik hatinya memberi beberapa biji durian............aku nak tolak nanti apa katanya.............jadi dgn berbesar hati aku terima dengan hati yang gembira. Sedari azali n awal aku mmg kurang gemar mkn durian huhuhu.............slalunya adik beradik ku makan aku hanya tengak n sekadar rasa sahaja.dalam keluarga ku aku kurang gemar makan durian. BUT now the durian depan mata ku disebuah rumah sewa yang hanya aku sahaja penghuni nya. adoiiiiiiiiiiiii......................aku tpikir sejenak nak wat pe dgn durian ni. nak buka durian boleh kah aku? sedangkan durian pun aku kurang gemar ni nak buka. hari demi hari jam dfemi jam aroma durian sudah memasuki seluruh ruang dalam rumah sewa ku. puas aku memikir akhirnya aku mngambil keputusan untuk membukanya meski pun aku x berapa nak makan..........aku ambik parang dan terbalikkan buah durian. ku tetak dibahagian belakang durian sedikit sahaja dan kucuba membukanya.kali pertama x terbuka aku luaskan sedikit bukaannya dengan parang then ku cuba sekali lagi membukanya berbekalkan kudrat ilahi akhirnya aku berjaya membuka durian.PERTAMA KALI DALAM HIDUPKU AKU MEMBUKA DURIAN SENDIRIAN. Pangsa demi pangasa ku buka isi nya elok2 belaka........aku rasa seulas dan itu sudah cukup buatku. yang lain aku simpan dalam tupperware. byk juga dapat.AKU TERMENUNG LAGI.NAK BUAT APE DENGAN DURIAN ni....................? maybe esok aku akan membuat cucur durian huhuhu........................itulah kisah aku dgn durian

Friday, June 12, 2009

TERIMA AKU SEADANYA............................inilah aku


Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat

Tuesday, June 2, 2009

AKU SENDIRI LAGI...........................

Memang dah kurasa, sejarah akan tetap berulang
Setelah keceriaan dan kebahagiaan kurasa
Tiba-tiba hilang sekelip mata

Aku pasrah.........
Aku kembali bersendirian, menikmati kehidupan dinegeri orang
namun..........
Aku sudah biasa dengan ini semua, 'tak de hal la' buat kata orang muda
Namun jauh disudut hati, ada sesuatu yang tersembunyi

Orang asing memang orang asing
Dia tidak akan pernah menjadi seperti darah daging kita.

Cuma aku tetap bersyukur
Bersyukur kerana Allah masih tetap bersama-sama ku ketika senang dan susah