Saturday, January 31, 2009

TRUE LOVE MAD ARIFIN & HADIJAH

Tak perlu mencari teman secantik balqis, andai diri x sehebat sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan yusuf, jika kasih x setulus zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh ibrahim, andai diri tak sekuat siti hajar
Mengapa didambakan teman hidup sesempurna Rasullullah s.a.w, kalau diri x seteguh siti khadijah

Buat ayahanda ku MAD ARIFIN, semoga kekal bahagia bersama bondaku HADIJAH
IKHLAS DARI ANAK-ANAKMU

SELAMAT ULANGTAHUN MAK & ABAH

Tuesday, January 20, 2009

PERCUTIAN 2009 ke KOTA KINABALU (2)









gambo-gambo ni diambil pada hari ke2 di kota kinabalu. aktiviti banyak tertumpu di PULAU MANUKAN

Friday, January 16, 2009

PERCUTIAN 2009 ke KOTA KINABALU (1)








serba sedikit gelagat hari pertama dr LCCT KL ke airpot sabah............flight kul 5.10 sepatutnya tp delay kul 6.10 baru blepas.................sampai lebey kurang kul 8.30 di sabah............. macam2 gelagat itu baru posing dkt airport n sesampai ke hotel.lum posing tgk tempat2 menarik disabah..............nk tgk posing seterusnya tungggguuuuuuuuuuuuuuu.

Saturday, December 20, 2008

Kursus Penghayatan Islam di IIM


Salam sejahtera hhheheheh............Kursus penghayatan islam telah berlangsung pada 15 - 17 Dis 2008 . Zon Timur menghantar 7 orang wakil untuk sesi pertama 3 0rang termasuk aku naik flight dan selebihnya naik kereta pejabat. kami datang sehari awal pada 14hb dan menetap di HERITAGE HOTEL. hotel yang ala2 muzium dan mengagumkan juga mengerikan hahhahhaha..........
Kursus ini diadakan di INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA...........sungguh indah sekali seni binaannya. ya gayanya seperti eksotik sekali hhahaha..............ni nak cerita waktu kursus ini berlangsung wakil pejabat dari indonesia juga turut sama hadir. secara kebetulan aku gayanya sudah dijodohkan untuk duduk disebelah cowok indonesia ini. namanya ALIFF PERDANA sepanjang 3 hari berkursus aku la PENTERJEMAH bahasa malaysia ke indonesia. x de elaun ok hehhehehe..........iya iya dong. kok aku bisa aja mengerti bahasa indon.maklum la suka bangat nonton filem indonesia.

Dari atas banggunan Institut Integriti Malaysia kami bisa namapak MASJID WILAYAH yang satu ketika dulu penah gempar n penah sesak (LEBEY HANGAT DR BIASA)dengan orang ramai yang ingin melihat PERNIKAHAN SITI NURHALIZA n DATO 'K'. INI MASJID WILAYAH NYA



Kursus ini di adakan bagi MEMANTAPkan lagi KONSEP KERJA SEBAGAI IBADAH yang harus diterapkan dalam setiap hati-hati bagi pekerja bidang dakwah. Secara kesimpulannya penceramah yang dijemput berjaya membawa tajuk yang diberi dengan jayanya dengan mengaitkan isu2 semasa yang terjadi pada masa sekarang

Kursus ini tidak lah padat sangat bermula jam 9 pagi berakhir jam 4.30 ptg. Selepas kursus kami semua membuat haluan masing2. aku ape lagi pergi menonton, iya iyalah terengganu mana ada CINEMA huhuhuhu. Adakah ini cowok indon itu?mungkin tidak.....gambar sebagai hiasan hahhahaahh.....................(meG kwnku)

Selepas menonton kami ape lg hang out........pergh cakap luor tuu.................omputeh tu kuikuikui..kt KLCC, MIDVALEY, THE GARDEN, THE CURVE, LOW YAT, DLL

Seronok bangat kami, ilmu dapat enjoy pun dapat.............

Sesi berakhir pada pukul 12tghari 17 dis 08. Diakhiri dengan salam jamaii...............bersalawat beramai ramai..............syahdu sekali ................bermaaf-maafan sesama rakan sekerja. begitu ikatan silaturrahim itu terjalin.

Sekian

Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha 2008 yang meriah bangat..........(3)


Inilah team ajk aidiladha 2008 yang diberi nama MERAH...........memang seronok beb dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti raya aidiladha & korban 2008.Pada 7hb 2008 seluruh umat islam menyambut AIDILADHA dengan dengan penuh azam dan istiqamah. Setiap orang mempunyai pengorbanan mereke tersendiri. Bagi aku sekeluarga kenangan yang penuh bermaknan pada tahun ini. Menyambut aidiladha dikampung bersama sanak saudara. Kali bertama bersolat hari raya di MASJID PADANG RENGAS, PERAK.

Selesai sahajat bersolat hari raya, ibadah korban pun dijalankan. Penuh dugaan untuk menumbangkan lembu jantan.dekat setengah jam barulah kaki lembu dapat diikat dan penyembelihan dilakukan. Pengajaran yang dapat diambil dari ibadah korban ini adalah supaya kita mengingati dosa yang kita lakukan dan cuba berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Sebenarnya cerita banyak lagi, tapi aku sudah ketandusan idea.

ok, KESIMPULANNYA aidiladha kali ini seronok bangat.

Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha 2008 yang Meriah bangat............(2)

Pada 6hb Dis bermulalah tugas2 bergotong royong kami sekeluarga...........yang penting tema pada hari itu semua warna MERAH...................memang meriah dan seronok skali semua pakai baju merah.Tugas aku pada pagi itu memasak lemang .....................perghhh boley tahan leceh nyer masak lemang ni. kena tahan dgn asap, kena pandai pusing-pusingkan kedudukan lemang tu dan kena control api. MENCABAR jugak.dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 3 baru selesai masak huhuhu...............alhamdullillah lemang yang aku jaga api nya berjaya masak dgn jayanya. tanpa ada kerak yahoooooooooooooo.


Tepat pukul 5 ajk berbaju merah semua pergi ke SUNGAI untuk membersihkan diri. pergghhh memang best mandi sungai suasana kampung. air sejuk giler.


setelah selesai solat isyak, ada tugasan menanti ku hahhaha................menggoreng ayam untuk dimasak ayam masak merah keesokkan harinya. nak tau apa yang aku suka sangat bila goreng ayam ni hahhah............kulit ayam hahhahha. tapi malangnya pada hari itu satu kulit ayam pun x dapat.orang yang memotong ayam dan membasuhnya telah membuang kulit ayam. sungguh keciwa skali. x dapat la makan kulit ayam hahhahha.


lupa pulak nak story pada petang tu lembu selamat tiba dan diikiat dibelakang rumah. lembu ini didatang khas dari TAIPING menaiki lori. lembu berwarna coklat yang agak garang.tapi dengan aku jinak je.x caya tgk gambar ni. hahhahhahah

Monday, December 8, 2008

Aidiladha 2008 yang Meriah bangat...............

hola pada semua pembaca............(ada ke yg baca..........adaakukesah hahhahha)...........nak cerita sedikit pengalan berAIDILADHA pada tahun 2008 ni.


2 minggu sebelum Aidiladha..............kawe ada telefon bonda kabor nak kelik kampung shah alam nak DRIVE. bonda pun seronok bangat anaknya hendak pulang ke kampung. tapi selang dua tiga hari pantai timur dilanda musim tengkujuh beberapa tempat diterengganu dan pahang habis ditenggelami hujan. So aku decide tukar plan nk naik bas. pada 2hb Dis aku pergi usha tiket distesen bas Kuala Terengganu. Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku, dalam kesibukan orang membeli tiket balik berhari raya, aku sempat menyelit ke kaunter bas TRANSNASIONAL dan membeli tiket pergi dan balik.bertolak sehari sebelum hari raya pada 7hb dan pulang ke KT smula pada 13hb.

Selang dua hari selepas aku membeli tiket pada 4hb dis bonda menelefon dan menceritakan plan ayahlong aku yang mahu mengajak kami sekeluarga berhari raya di PADANG RENGAS, PERAK. Menurut katanya ayahlong plan hendak bertolak ke perak pada hari sabtu 6hb padahal aku sudah beli tiket pulang pada 7hb.aku kebingungan dan aku sempat memberi pendapatku pada bonda supaya beliau pergi bersama2 adikku kerana aku telahpun membeli tiket pada 7hb. Bonda tidak mahu pergi tanpa kehadiranku....Selepas selesai saja ganggang telefon diletak aku terus bergegas pergi ke stesen bas untuk menukar tiket. Nasib aku amat baik tiket pada 5hb masih ada aku terus menukar tiket dan perlu membayar wang lebih rm10 atas enda penukaran tiket. waktu itu aku tidak kisah yang penting bonda dapat berhari raya bersama-sama sanak saudara. Aku terus menelefon bonda dan memberitahu kabar gembira yang aku dapat menukar tiket pada 5hb.

Tepat pukul 8.00 malan 5hb Dis aku selamat sampai ke rumah.............waktu itu bonda dan abang dan kak ipar ku baru pulang dari pejabat. Anak buah kesayang uncle juga......rayyan masih ada hahhahhaha..........

Pada 6hb pukul 5 petang aku sekeluarga bersama keluarga ayahlong menaiki sebuah van dan terus bertolak dari KL ke Padang Rengas , Perak. Keadaan jalan di highway UTARA SELATAN (PLUS) agak sibuk kerana ramai orang berpusu-pusu mahu balik beraya dikampung namun kesesakan ini tidak seperti kesesakan di pusat bandar.Tepat pukul 10.30 malam kami selamat tiba di Padang Rengas.Kami disambut oleh warga kampung padang rengas dengan penuh meriah sekali.Semua telah keletihan selepas dijamu makan kami terus merehatkan diri. Namun kemeriahan masih terasa dengan hilai ketawa makcik2 ku yang turut mencuit hati ku hhahahha.. Sedar tidak sedar aku terus dibuai mimpi indah.