Sunday, April 26, 2009

PINDAH RUMAH BARU

huhuhuhu............salam sejahtera walau dimana anda berada

Selama 2 tahun aku stay di KG SEBERANG BUKIT TUMBOH............memang penuh bermakna dan satu kenangan yang tidak dapat kulupakan.Rumah kayu 2 bilik complete dengan perabot hanya bernilai RM200. (x dapat kt KL ni huhuhu). Disini juga aku kenal dengan Makcik Mar, Pak Ali, kak Nora dan makcik2 dan pakcik2 sekampung. Memang peramah dan baik2 belaka orang2 nya.

Bila sahaja aku dapat tawaran bekerja disini, mula risau nak cari rumah sewa dekat mana so aku guna kabel kabel aku untuk cari kan rumah dan kebel kebel aku pun guna kan kabel kabel dorg untuk membantu ku.Akhirnya makcikku punya kawan punya kawan dapatkan aku sebuah rumah sewa di KG SEBERANG BUKIT TUMBUH.Bermula kehidupan ku di Kuala Terengganu. Tahun pertama aku duduk seorang dirumah itu. waktu itu Mak, Abah, Ayah Long, Maklong , Angah, Ateh, Pak Lang dan semua telah datang dan tidur dirumah ku.makan beramai-ramai. maklum la kami duduk di Kuala Lumpur jarang dapat berjumpa suasana kampung.

Tahun Kedua aku secara kebetulan mengambil seorang RAKAN SERUMAH yang kebetulan mendapat kerja di KT dan kebetulan x dapat mencari rumah sewa yang lain. lalu aku membenarkannya tinggal bersama ku dengan di kenakan sewa. Secara asasnya aku kabor ke dia duduk la dulu sementara nak cari rumah lain (because cewah speaking) parents ku kerap datang tetapi lama kelamaan mungkin beliau dah selesa beliau terus menetap dirumahku.

hari berganti hari bulan berganti bulan semua kerja - kerja mengemas rumah aku yang buat. Bukan nak mengungkit namun kesedaran dalaman tidak ada untuk menceriakan rumah. Sepatutnya bila dah duduk menyewa bersama, pastikanlah berkerjasama dalam menegemas rumah ini tidak ..................entahlah malas nak komen.

Masuk tahun ketiga aku mempelawa seorg junior ISBAC untuk duduk dirumahku kerana beliau praktikal di KT. Ada nya beliau barulah kurasa aku mempunyai rakan serumah. sebelum ini tidak. Sebulan kemasukan beliau ada pulak lagi seorang yang memohon untuk duduk dirumahku.Aku dah terangkan bilik tiada.namun dia tetap berkeras mau duduk. So aku pun bagi duduk dengan mengenakan syarat boleh tidur di ruang tamukah? beliau kata boleh. so aku kata bayarannya rm200. dia kata ok tiada masalah. bulan pertama ok. masuk bulan kedua dia mula membuat perangai................entahlah. until now x bayar lagi duit sewa bulan ini. Aku ni jenis yang x suka cari gaduh dengan orang. Paling kuat pun aku xtegur seperti biasa dengan orang tersebut. Macam2 aku kena hadapi. Orang xtau. diluar aku ceria namun didalam Hanya Allah Yang Tahu.

Mungkin Allah mendengar rintihan ku setiap kali solat, pada 20/4/09 aku makan nasi goreng area Losong. Mulut ni teramah pulak untuk bertanya pada makcik jual nasi goreng kot kot terdapat rumah sewa area situ.aku terus meninggalkan contact no. Alhamdulillah pada keesokan harinya makcik itu menelefonku mengatakan terdapat rumah untuk disewa. hati ku berbunga bunga cinta mendengar kabaran itu.Dah lama aku nak cari rumah bawah. Akhirnya impian itu tercapai.

Segala persiapan telah kubuat untuk berpindah, segulung lebih tikar getah telah dibeli dan beberapa lagi peralatan rumah yang ku tiada lagi. tak sangka banyak juga barang2 ku.Pada 1 May 2009 AKU akan mula berpindah kerumah baru. kali ni aku bergerak bersama junior ku. harapanku agar pengalaman yang lama tidak berulang kembali.

Kepada kengkawan yang masih duduk sorang fikir fikirkanlah untuk mencari rakan serumah.Buat pilihan yang bijak jangan biar hati merana dan bagai orang asing dirumah sendiri( walaupun rumah sewa)

Thursday, April 23, 2009

URUTAN TRADISIONAL

Yahooooooooooo akhirnya aku berjaya memanja kan diriku dgn mengurut. ala-ala SPA huhuhuhu...........ape korang pikir ha..................ni urut tradisionla punya sah disisi undang islam dan negara ok.

Pakcik tua yang mengurutku.baru aku tau macammana keadaan mengurut sebenarnya.masa urut diatekan urat urat tu memang sakit.tetapi lepas balik umah keselesaan mula terasa.rasa diri lebih ringan huhuhu.

inilah pengalaman ku mengurut.
korang ada pengalam.share la huhuhuhuhu

Friday, April 17, 2009

SALAM KESYUKURAN

ALHAMDULILLAH...........aku telah berjaya mengumpul semula duit untuk membeli laptop baru.................kali ini aku akan lebey berjaga-jaga. moga moga tiada apa yg buruk terjadi lagi.bukan senang untuk menjadi senang, bukan senang untuk mendapat barangan berharga bagi seseorang yang tidak punya apa2.

Sunday, April 5, 2009

PUISI 3

SESEKALI jadilah kawan yang mendengar dari yang hanaya bercerita

Ambillah masa untuk MEMAHAMI hati dan perasaan kawan

kerana DIA juga seorang manusia

Dia juga ada rasa TAKUT
Ada rasa BIMBANG, SEDIH dan KECEWA

Dia juga ada KELEMAHAN dan dia juga PERLUKAN kawan sebagai KEKUATAN
JADILAH KITA kawanNYA ITU

KITA selalu melihat dia KETAWA tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka

DISEBALIK senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan

Di sebalik KETENANGANNYA mungkin tersimpan seribu kekalutan
KITA TIDAK TAHU..................tetapio

jika kita CUBA menjadi SAHABAT seperti dia

MUNGKIN KITA AKAN TAHU............................

Monday, March 30, 2009

PESTA BUKU TERENGGANU

Perggh ................akhirnya selesai sudah pesta buku terengganu yang berlangsung pada 23 - 29 Mac 2009.

macam-macam orang ku jumpe.......dan macam-macam ragam ku kenal

huhuhu

biasalah tu

namun yang HAPPY

Pesta Buku kali ini booth ku berdepang dengn GROLLIER perggh mmg meriah beb, belon-belon bergelimpangan mewarnai gerai gerai kami.....sebelah booth ku pula UMT ok la..................

huhuhu

Aku juga sempat mengeratkan silaturrahim denggan makcik yang ingin dipanggil AUNTY. mem,ang vogue e vast aunty ni

rupa rupanya bekas ceo sime darby............cayalah.byk pengalaman perniagaan yang dapat beliau kongsikan bersama. Beliau datang pesta buku teman anak dan menantu nya berniaga PETA MINDA.

PESTA BUKU kali ini juga buat sekian kalinya aku berjumpe dengan si DIA........huhuhu.tahun klepas pandang-pandang, tahun ni berjumpe.

serius ktorg x penah berjumpe ini kali ke2 berjumpa sepanjang setahun

asyik sms n call je

hahhaha

dia datang dengan adik nya

huhuhu

lama la juga kami berborak

Aapa apa pun ANA mengucapkan terima kasih kepada ANTI kerana sudi meluangkan masa ke gerai ANA.

last but no least.........pendapatan jualan kali ini alhamdulillah meningkat dari biasa...........syukur.

APA YANG PENTING.........KERJASAMA (bak kate WONDER PET) huhuhuhuhu

berjumpe di PESTA BUKU tahun depan ok

BICARA TEMAN BARU............

Assalamualaikum. .
Cinta itu bersifat batiniah...tak boleh nampak lahiriah...cinta itu dari hati...cinta dan sayang adalah dua perkara yang berbeza...
cinta antaralelaki dan wanita...sayang antara suami isteri...
once kitaberkahwin... cinta itu akan melt down...dan timbullah rasa sayang..
kite boleh sayang anak, tapi tak boleh cinta dia...
kalau kita nak bercinta, bolehkah kita?kena jaga 3 PERKARA:
-1-akidah...adakah percintaan akan meningkatkan keimanan kita padaNYA?
2-Syariat...adakah kita menjaga aurat dan adab dgn si dia yg bukan mahram kita?
3-akhlak suara?suara itu aurat...mata? kena tundukkan pandangan... kerana drmata turun ke hati..it is true!

Bolehkah kita laksanakan semua ini...Sebenarnya banyak lagi...Tetapikerana kekangan masa mungkin sedikit sahaja yg dpt dihuraikan.. .

CINTA ANTA-ANTI?
wah, hebatnye mereka...Cinta mereka boleh menambahkan keimanan kpd ALLAH...
ada org yg sentiasa berpesan2 untuk kita memelihara hubungandgn ALLAH...Tetapi...mungkin kita terlepas pandang...
Boleh jadi akan berlakumaksiat hati..kalau hati ini sudah alpa daripada mengingatiALLAH..., bagaimanakah dgn langkah yang seterusnya?
adakah ia masih akan mendekatkan diri kita dgn ALLAH atau sebaliknya?NAUZUBILLAHHIMINZAL IK...

Rindu Itu Untuk Dia di tengah malam gelita
sepi mewarnai suasana di suatu ruang
seorang insan duduk melayan rasa ada rindu dijiwanya
ada sendu dihatinya
ada luka di dadanya
ada bahagia di kalbunya
rindu, sendu luka dan bahagia bercampur menjadi satumembelai naluri hati seorang insan di tengah malam yang sunyi
di aNgkatnya wuduk lalu berdiri diamenghadap khalik yang Esa
sujud pada Yang Maha Kuasa
dialunkan rintihan jiwa
dilagukan irama mulia
seketika ....perlahan muntiara jerihmembelai lembut pipinya
rindu, memanggil diamengadap kekasih dijiwa
sendu mendorong dia bersimpuh di hadapan Yang Maha Penyayang
lukanya mengajak diamengadu pada yang Maha Pengasih
bahagianya medesak bibir dia melafazkan alunaN memuji yang Maha Kuasa
membaca ayat-ayat suci lagi mulia
insan kerdil hidupnya dibalut dosa
jiwanya kalut dan resah hatinya penuh pilu dan sendu rasanya terluka menderita
akalnya berkata
nalurinya berbisik
hanya dengan mencintai Dia
hanya dengan merindui Dia
pilu dan sendu
kalut dan resah
luka dan deritakan berganti bahagia
biarpun tiada tawa bergema
namun jauh di sudut hati ada damai menggamit
ada bahagia berbunga
sesungguhnya rindu itu hanya untuk Dia ...Akhir

Sunday, March 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME yahooooooooooooooo

Hari ini dalam sejarah, aku dah meningkat umornya..................yang keberapa? ko pilih la sendri nak letak umo ku berapa hahhahahhha


kepada kengkawan yg wish dan support aku dari dulu lg. aku ucapkan bebanyak terima kasih. moga persahabatan kita bkekalan


kepada kengkawan yang terlupa nak wish, aku x de hal


x makan hati punya


makan nasi je


hahhahhahahha


hope taun ni menjadilah aku nak buat sesuatu yg bersejarah dalam idup ku


insyaallah...........................


SELAMAT HARI JADI KJ


SELAMAT ULANGTAHUN ZAM