Wednesday, December 30, 2009

Sunday, December 13, 2009

Diva Devana masuk HOSPITAL?


11 Disember 2009-Kuala Terengganu- Seorang diva devana telah dimasukkan ke hospital SULTANAH ZAHIRAH KUALA TERENGGANU dan telah ditempatkan di WAD ISOLASI. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, diva ini dikatakan sedang dalam kecelaruan dan amat memerlukan perhatian sehinggakan tekanan darah nya menjadi rendah.

Mengimbau kembali bagaimana berita ini boleh tersebar, seorang sahabatnya yang namanya dirahsiakan sewaktu beliau mengSMS diva ini untuk mengajaknya ke pantai kelulut untuk makan sotong celup tepung RM5 sepinggan besar x seperti di TELUK KETAPANG. Diva ini telah menolak pelawaan itu dengan alasan ada hal petang tersebut. namun sahabatnya itu yang agak lurus mempercayainya. lalu sahabatnya itu pergi dengan shah seorg kenalannya juga.

Setelah sekian lama x menjejakkan kaki ke PANTAI kelulut, ini la masa yang paling sesuai utk menikmati keindahan pantai kelulut sambil menikmati sotong celup tepung RM5 dan sepinggan nasi goreng cili padi. cili padi saje bapokk byk sgt diletakknya.kekkeke. setelah berjalan2 tepi pantai sekadarnya sahaja. Shah ajak pulang. Sesampai sahaja menghantar shah ke rumahnya. Aku ingatkan nak pergi keruma diva ni,lalu sms ditaip namun tiada balasan dr sms. Simpang rumah diva tersebut telah terlepas.Tetiba hp berbunyi.kedengaran ringtone SEHATI BERDANSA berkumandang. rupa-rupanya DIVA DEVANA call. Diva Devana dengan tidak sengaja mengkhabarkan dirinya kena tahan di HOSPITAL dan dimasukkan di WAD ISOLASI. Aku agak kaget, terkejut dan terkesima. pemanduan ku jadi x menentu.Aku pun bertanya KO BIOR BETUL DIVA DEVANA,jgn gurau2 bab2 gini sambil air mataku jatuh. aku pun x tahu kenapa. Diva itu membenarkan kenyataan yang dibuat.

Aku dengan segera terus memecutkan keretaku ke arah hospital. Aku mula mencari Wad isolasi tetapi gagal. Ku gegeh kan juga mencari sambil hati berdebar2 x sabar nak jupe si DIVA ini. Sewaktu mencari, sms dr diva kuterima. 'Wad isolasi belakang umah mayat' berderau darah ku. jam pada waktu itu menunjukkan pukul 7.00 malam. Rumah Mayat yang dipanggil UNIT FORENSIK telah kutemui. Aku cuba ingin bertanya dalam kaunter tersebut dimana wad isolasi. Ku bagi salam xde menjawab, ku tekan loceng sunyi tiada tindak balas.tetiba aku rasa kesejukan. Terus kuberedar dari rumah mayat tersebut. Aku tidak putus asa aku REDAHHHHH je untuk mencari. dalam masa yang sama si DIVA ni asyik call tanya dah jupe ke , dah jupe. DIVA DEVANA sgt. Berkat kesabaran akhirnya aku jumpe jugak wad isolasi iaitu berdekatan dengan asrama jururawat dan rumah rehat doktor.

Sampai sahaja di wad isolasi aku terus masuk kedalam, sedangkan waktu melawat telah tamat.ku melilau mencari DIVA tersebut khirnya diva itu melambai2 memanggilku. aku terus bergegas mendapatkannya. Sewaktu menemuinya aku terkejut dan terus memerhatikan mukanya dalam masa yang sama nurse sedang mencucukkan jarum ketangannya untuk dimasukan air insulin. pada waktu itu HANYA ALLAH YANG TAHU hatiku. aku menangis xtahu kenapa bila lihat darahnya banyak keluar sehingga terkena cadar katilnya.Tak kusangka orang yang sentiasa ceria, GELETIS, GEDIK MANJA, YANG SUKA MENYAKAT dan yang suka MENARI berada didepanku sebagai seorang pesakit. Mukanya begitu tabah dan sentiasa mengukirkan senyuman. AKU TAHU KAU KUAT SEMANGAT ADAM.monolog dalaman datang lagi.dalam hatiku berdoa agar DIVA ini cepat sembuh.

Kini telah hampir 3 hari diva ini dimasukkan kehospital. pada hari ini juga tiada lagi air dimasukkan kedalam badannya. mukanya nampak merah berdarah seperti orang sihat semula.Cumanya catatan suhu badannya agak tinggi sedikit membuatkan dia demam. Aku melawatnya 2 kali sehari pagi dan petang. Untuk memberinya semangat dam motivasi. Orang sakit memerlukan kecerian disekelilingnya untuk memulihkan dirinya. AKU, SHAH dan EDY SENTIASA BERKESEMPATAN UNTUK MELAWAT diva ini kerana beliau adalah SAHABAT KAMI. Aku rindukan kerenah kO.

Dikeadaan lain pula, aku berjaya membuat dan memasak cucur keria dengan JAYANYA ditambah pula dengan gorengan bihun untuk dibawa bekal kepada adam dan berkelah dengan kawan2 yang lain.Aku , shah dan edy pergi ke pantai batu buruk ala2 berkelah disana untuk memakan bekalan yang dibawa setelah melawat adam.Sesi fotografi dan karaoke turut diadakan namun hati kami tetap sedey mengenangkan KUMPULAN GENG PENGEMBARAAN KAMI yang kekurangan seorang ahli.AKU MENDOAKAN KO CEPAT SEMBUH SAHABATKU .


SEKIAN LAPORANN BERITA


kekkekekkekekek

Wednesday, December 9, 2009

Aku n Geng Pengembaraan


Salam dulu kini dan selamanya

ni pok cik nak cerita aktiviti 2 tiga hari kebelakangan ini hhehheheh. Minggu ni saja 2 kali aku dan geng pengembaraan aku BERKARAOKE. Tapi aku bukan giler copong hahhahhahah. Seperti biasa edy ditugaskan untuk mencari dan memBOOKING bilik karaoke. Karaoke di Terengganu x mcm Karaoke di bandar-bandar besar yang lain yang aku pun belum penah pergi. sekadar dengar nama shj. nape x percaya ek. PERCAYALAHHHHHHH

Kali ni tempat karaoke di KUALA IBAI. Aku pergi dengan edy, Adam pergi dengan Shah. dari 4 kereta jadi 2 kereta shj. Ini dinamakan PENJIMATAN kekkekek.........FAMILY PLANNING. family ke? kkekkekekek. Malam tu aku tau kenapa lagu2 pilihan aku banyak pulak yang dimainkan. Aku yang bersuara SOPRANO ni. soprano ke? kekkekek mengalunkan dengan penuh OVER skali walaupun terkucil kekekkekek as usual. Lagu2 ST12 menjadi pilihan. Kebanyakan lagu-lagu yang dipilih secara kebetulan xde kena mngena dengan hati dan perasann. ye ke? konpius aku hahhahhahha

Yang paling xkusangka aku telah memilih lagu GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU nyanyian KAK GEE dan SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT nyanyian SHIDEE .Semasa MENCOPONGKAN mike KE MOLOTKU tetiba aura penghayatan dtg secara tiba tiba............... bait bait lagu dialunkan begitu lancar.........sedikit sedutan dari lagu KAK GEE

hati ini...walaupun tlah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
oh menyepi dan sebuah hati YANG LUKA INI

hehhehe..........bila teringat tersenyum sendiri. ape la ko ni IMRAN kekkekek

Keesokannya pula kenalan shah ajak karaoke....so shah pun mengINVITE ktorg skali utk join karaoke hehhehe...........edy la org yang palin seronok skali hehheheh. SUKA tengok ko gembira edy.ADAM pulak demam tapi GEGEH nak join skali katanya bosan seharian duk dirumah.pada awalnya agak keberatan nak ajak adam takut demamnya melarat lagi. Aku n shah dtg kerumah adam ingat nak menziarahi dia je. tup tup dia masuk keta dan ajak pegi. GELETIS btol kekkekek...........rupa rupanya nak hisap rokok dah seharian x hisap rokok katanya. adam adam mcm2 hal. ALHAMDULILLAH adam kuat semangat demamnya dah kurang sedikit demi sedikit. lepas karaoke ktorg ramai2 makan bihun n kue teow sup panas2. Org demam tu sangat berselera makan. selera makan dah ada la tu.

itulah aktiviti aku n geng pengembaraan aku. PLAN BERCUTI xtermakbul lagi. insyaallah one day kot.

nanti pokcik update lg ok

Wasiat untuk SAHABAT


Haritu kite jalan sekali,
bez kan jalan sambel bgurau..
Tp lg bez bile korg kasi adiah tu,
tu lar adiah paling aku tak boley lupe..
Senyoman manis korg..
Esok2 bile aku xley jalan,
Aku nak korg iringi aku,
mase nie aku dah xboley nak pggl korg mcm slalo,
korg yg kena datang...
Mase nie gak aku nak adiah lg tp aku dah taknak senyoman korg tu..
Aku nak Al-Fatihah..
Korg bacekan tuk aku ekh sbb aku dah xboley bace sdiri..
Pastu,
bile ader owg letak aku bawah papan,
Korg jgn nanges @ cari aku sbb aku dah xboley tego korg..
Janji ek!!! Frenship poeber.. (^_~)

Saturday, November 28, 2009

Monolog dtg lagi...


Semalam. aku x tau kenapa.perasaan ku 9 tahun lepas dtg lagi dek kerana satu ayat yang berbunyi " aku x nak ganggu mu lagi". Dengan tidak semena-mena aku termenung seketika. apa salah ku? apa dosaku? sehingga terlontar kata-kata itu dibibirnya. KU cuba menyedapkan hati ku dengan berperasangka dia hanya bergurau. tapi........hati ini memang suka berfikir bukan-bukan. aku coba menelefonnya berulang kali, tiada jawapan dihujung talian. aku cuba sms nya. tiada juga jawapan. jiwa ku buntu, perasaan ku celaru. ada kah dia sakit? atau ada masalah? ku cuba dan terus mencuba menghubunginya. namun masih tiada jawapan.Ku termenung sejenaak APA SALAHKU?.dulu kawan baikku ku juga meninggalkan ku tanpa memberitahu apa salahku. aku x mahu ini terjadi lagi. kedengaran lagu KAULAH SAHABAT KAULAH TEMAN nyanyian kumpulan HIJAAZ dicorong radio. sungguh menyentuh perasaan.

Malam tu aku x lena tidor memikir kan, ape sebenarnya masalahnya? aku berdoa dan terus berdoa agar tiada kejadian buruk menimpanya. Keesokan harinya aku mencoba menghubungi nya namun masih tiada jawapan.kurasakan jika dilihatnya berbelas atau berpuluh-puluh miskal dr ku kpdnya. ALLAH MAHA ADIL , DIA memberi petunjuk padaku, aku mencoba menelefon operator bertanyakan telefon rumahnya. kebetulan aku menggetahui nama ayahnya. aku x tau dari mana dtgnya semangat untuk mencari no telefon rumahnya/ mungkin bimbang akan keadaan dirinya kerana panggilan tidak dijawab. aku memperolehi no tel rumahnya dr operator telekom setelah memberiahu nama ayahnya dan kawasan mana dia tinggal.Dan aku juga x mengharap sgt no yang kuperolehi itu adalah no tel rumahnya.Namun aku tetap mencoba mendail.

Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian menyambut salamku. terus kubertanyakan untuk bercakap dengan sahabatku. dia berkata sebentar. hatiku berdebar adakah itu no telipon rumahnya. gagang telipon bertukar tangan. empunya nama telah menjawab panggilan.dan aku memang cam itu memang suaranya. ALHAMDULILLAH........ aku bersyukur dalama hati ALLAH telah makbulkan permintaanku. Aku cuma ingin tahu dia sihat atau tidak.kedengaran suaranya seperti biasa ceria.Dia terkejut aku menelefonnya menggunakan telefon rumah sedangkan dia x penah memberitahu aku no tel rumahnya.

uNTIL SEKARANG DIA X PENAH tanya kenapa aku sanggup mencari no telepon rumahnya...........BIARLAH AKU YANG TAHU. JAUH disudut hatiku aku x mau kehilangan seorang SAHABAT lagi seperti yang berlaku 9 tahun yang dulu.

Sunday, November 22, 2009

Aku Punya Teman........2


AKU PUNYA TEMAN…2

Tanggal 18 November 2009, aku telah jatuh sakit demam panas. Pada hari sebelumnya telah kurasa sintom-sintomnya tapi aku tidak mengendahkannya. Balik sahaja kerja aku mula rasa sejuk panas dalam diri. Pening dan muntah-muntah. Aku pun menelan panadol dan terus menidurkan diri dengan harapan keesokkannya aku sihat sejahtera dan boleh pergi bekerja seperti biasa. Namun takdir ilahi telah menentukan demam ku bertambah panas, rasa pening kepala berdenyut-denyut. Aku menggagahkan diri pergi kedapur dan membasahkan tuala untuk diletakkan diatas dahi ku. Seseungguhnya aku dah biasa keseorangan dan sakit juga turut keseorangan. Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya. Aku kuatkan kan diri, cekalkan hati mengharungi ini semua. Ada yang lebih teruk dari ku. Itu kata kata memotivasikan diriku. Ku telan ubat doctor yang ku ambil 3 bulan lepas dan terus membaringkan diriku yang lemah akibat demam.

Alhamdulillah, demam panasku telah bekurang pada keesokkan harinya tapi masih terasa kepala seperti ada batu dan berdenyut-denyut. Memang gerenti pagi tu aku x dapat memasuki pejabat. Aku terus mengON kan LAPPY kesayanganku dan mencucukkan BEROKBANG untuk sambungan internet. YM (yahoo meseengger ) dengan automatic terus terON.

Orang pertama yang menegurku adalah abg mal (kamal) setelah bertegur sapa dlm ym baru ku kaborkan kepadanya yang aku dirumah , keuzuran kekkek…………..(isshhh ko ni im leh tergelakk pulak.). abg mal bersungguh menasihatkan aku supaya pergi ke KLINIK atau hospital. Aku mengiyakannya sebab kepala ku pening sgt. Then aku x tau bila masa aku tertido ym abg mal telah terpadam sebaik sahaja terjaga semula .

Orang kedua yang menegurku dalam ym adalah edy setelah sejam berlalu…..

Dd dido: Salam, im wat pe, sihat? Dah mkn? Bz ke? Sorry ganggu
Kj : wkslm. Edy aku kat umah , x sihat
Dd did0: Demam ke
Kj : demam panas
Dd dido: dah g klinik ke, dah makan ubat ke
Kj : x
Dd dido: weii g ar klinik, xpun mkn panadol. Ko nak aku g sana ke teman ko?
Kj : dah mkn ubat yang ada dlm simpanan td, eh x yah la edy susahkan mu je. Kepala aku ni pening sikit berdenyut denyut
Dd dido: kesian ko im, kalu aku ada leh tlg picitkan
Kj : xpe kejab lagi baiklah tu, wei aku nk rehat jab kepala aku pening sgt
Dd dido: ko rehat la dulu k

Aku pun menutup ym edy, x sampai 5 minit orang ke3 menegurku adalah adam

Fadzli SYED: WOIT….demam ke
Kj : yup
Fadzli syed : teruk ke
Kj : x la
Fadzli syed : kalu ade pape msg ah aku
Kj : k

Aku pening sgt, tu sebut jawapan ku sepatah sepatah je, kalu x macam karangan aku berym dengan adam dan kengkawan lain.

Aku pun menidurkan diri dengan harapan apabila bangun nanti kurang sedikit. Setelah agak lama berehat aku tersedar apabila kedengaran ketukan pintu dari luar. Kulihat jam didinding tepat pukul 12.45 tghari. Aku mengigihkan diri bangun untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu itu. Rupa-rupanya shah datang, terkejut aku.ku buka pintu dan memberinya masuk.

‘wei nape dtg, terkejut aku.ko tau aku sakit ke’ dengan x semena mena soklan tu terpacul dr mulut ku(sungguh kurang sopan kan, patutnya bertegur sapa dulu la kan kkekekkek)

‘Mu kan demam aku nak jenguk la’ balas shah

‘ooooo terima kasihla, ko sorg je ke’ tanyaku

‘adam otw, dia g beli makanan jab, nak mkn kt sini’ jawab shah

‘ooooooo ok.’ Jawab ku

Selang beberapa minit adam sampai, ditangan nya menjinjit plastic makanan ,Mc DONAL………….setelah memberi salam dia pun masuk dan duduk diantara aku n shah.

‘ni im utk ko, makanan utk orang sakit’ tiba-tiba adam bersuara

Adam telah membelikan ku bubur mcD dan air milo panas. Dalam hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu bersyukur aku dapat kawan-kawan begini. Aku tergamam dan terharu seketika melihat adam n shah makan burger mcD dan French fries.

‘makanlah im’ kata shah

‘ha a makan la im’ adam bersuara

Aku bagaikan x percaya didepanku ini seorang kawan yang aku baru sahaja mengenalinya tetap dah menjadi seperti sahabat baik dan terasa macam dah lama kenal. Monolog dalaman ku terhenti apabila shah bersuara

‘weii edy kim salam’ kata shah

Wkslm jawabku dalam hati.

‘Terima Kasih korang semua, susah-susah je dtg tgk aku, aku ok je’ jawabku padahal aku pening yang amat hanya ALLAH yang tahu.tapi berkat keseronokan melihat kawan-kawan dtg aku lawan demam ku ini.

Setelah makan dan menonton tv, aku mula rasa kurang sikit dan rasa lebih selesa. Alhamdulillah ALLAH telah makbulkan doaku supaya permudahkan urusanku. Ku bersyukur padamu YA ALLAH.

Adam dan Shah menemani ku sampai ke petang, tapi aku sedikit pelik, dalam hatiku berkata ’dorg ni x kerjake’ kalu aku bersuara kang kata aku menghalau pulak. Aku Tak Akan Bersuara cewahhhh macam lagu nyanyian semula oleh MILA dlm konsert AF kekkeke. Rupa-rupanya dorg semua ni dah siap kerja yang ditugaskan. Al maklum la adam dan shah ni boss-boss besar belaka kekkekke (jgn marah ek adam dan shah aku mendoakan je)

Petang tu kami semua pergi ke Teluk Ketapang untuk makan sotong celup tepung, ikan pari celup tepung dan macam-macam lagi. Di Terengganu ni memang terkenal dengan makanan-makanan begitu selain keropok lekor dan pisang goreng. Aku rasa sedikit demi sedikit kesihatan ku pulih. Mungkin sebab semangat kawan-kawanku dan juga doa mereka. Thanks kengkawan



-----------------------------------------------------------------------------------
watak dan cerita sedikit berubah, tetapi situasi diatas benar-benar berlaku.

Aku Punya Teman........


AKU PUNYA TEMAN………

Aku punya teman…teman sepermainan…ahhh ahhh ahhh…………….opocot!!!!!!! . aku termelatah dek kerana di cucuk oleh shah, pada ketika itu aku sedang asyik melayan lagu dari RATU-TEMAN TAPI MESRA. Asyik bangat sih sampai x sedar si shah masuk ke rumah.

‘woit, masuk umah org x reti bagi salam ke? Ayooooooo ko ni’ kata ku sambil mencekak pinggang

‘Dey macha….aku dh bagi salam sampai 3 kali ok, doh mu tu tergedik gedik terkinja kinja melayan lagu teman tapi mesra tu, ape kejadahnya’ balas shah

Aku pula tersenyum sipu malu akibat terjahan shah. Shah salah seorg kawan-kawan rapatku di Terengganu. 3 lagi kawan ku on the way ke rumah ku iaitu edy, adam dan kamal. Pada hari ini, aku buat makan-makan sikit untuk kawan-kawan, ala saje je nak suruh dorg merasa masakan ku yang setaraf chef hotel 5 bintang ni kekkekke. Tapi xleh lawan chef kegemaran ku CHEF RIZZZ anak kesyaangan cheff wan tu kkekekkeke.

Telinga ni dah sakit dah bila dorg asyik bertanya ‘bila ko nak masak ni,imran ktorg nak makan masakan ko ni’. Eh sape pulok imran kekkekek …………..aku la imran , yang kacak lagi bergaya , lemak berkrim disukai ramai kakkakakkaka……..perasan pulok aku ni. Menu pada hari tu ayam masak lemak cili padi, asam pedas ikan pari dan sayur kailan ikan masin. Perghhhh dengar menu dah meleleh air liur belum makan lagi tu kekkekke. Tgk org la beb…..kkekek.

Shah dengan penuh kesungguhan ingin menolong ku didapur.aku pun memberi tugasan pertama kepadanya memotong ayam dan sayur kailan. Senyuman terpancar dimukannya kerana dapat tugasan dari ku. Sedikit gedik pun ada bila dia mula memotong ayam. Ku biarkan saje keletahnya……….aku hanya mampu tersenyum hehheh. Aku pula dengan gigihnya memasak menu pertama ikan pari masak asam pedas. Bak kata MAMA ku masak ni main campak2 je. Cukup masin cukup masam kira suksess la. Itulah petua yang kuamalkannya. Ehhhhh bagi pemasak yang amatur tu, jangan salah anggap pulak. Kaedah ini bagi orang yang dah biasa memasak sahaja huhuhu. Menu pertama suksess, menu kedua juga suksesss. Sedang ingin memasak menu ketiga iaitu kailan ikan masin , Kedengaran bunyi hp lagu lucky-AKU BUKAN SUPERMAN berkumandang memecah kesunyian dapur. Sebelum mengangkat sempat juga mengoyang goyangkan pinggul mendengar lagu itu kekkekek. Butang menjawab ditekan

‘Salam satu Malaysia, imran disini boleh saya bantu’ kataku seperti lazimnya bagaikan operator telefonis kelancaran ku menjawab panggilan.

Kedengaran suara orang mengekek ngekek dihujung talian kekkeke kekkeke kekkek kekkekek kurasa samapai 1 minit setengah kot kemengkekekan nya itu kekkekekke…………..dan kumula sedar siapa empunya kekekan itu. Itulah kawan ku yang bernama edy hehheheh. Edy edy x abis abis dgn kekekan mendengar suara operator itu hhehheheh.

‘Wei imran, aku la edy’ balas edy

‘Aku dah tau dah” balas ku

“Imran aku lewat sikit dtg umah mu, aku g jogging dgn cikgu dulu, lps maghrib aku dtg umah mu k” kata edy

“ berehh boh, janji ko dtg, aku dah masak banyak ni” balasku

“mesti…….aku mesti dtg. Aku mmg lapar im, simpan perut utk makan masakan mu hehheh…..ok”jawab edy

Talian dimatikan disitu. Ku sambung semula memasak kailan ikan masinku yang tergendala sebentar. Jam didinding menunjukkan pukul 6.30 ptg ermmmmm. Selesai sudah memasak untuk dihidangkan kepada kawan-kawan ku. Si shah telah masuk ke bilik air dahulu untuk membersihkan diri kerana sebentar lagi akan masuk waktu maghrib.Aku pula mengemas dapur…kebersihan adalah penting dalam kaedah memasak cewahhhh.

Selesai menghidang makanan diruang tamu, hp berbunyi lagi. Tertera nama Adam di skrin hp.

“ Assalammualaikum, ye adam, ada mana tu? Jawab ku
“wkslm im, aku lewat sikit, tapi jangan risau aku ada beli sate untuk kita makan mlm ni ramai2” balas adam

“Ayooo sate ka, my favaurite tu kekkekkek………tapi adam, makanan dah banyak ni, kang x abis pulak” kataku

“ Jangan risau abis punya, tapi yang penting aku nak makan masakan ko im” dengan gediknya adam ketawa kekkekekekk

“yo lah tu”balasku

Selesai solat maghrib berjemaah dengan shah, kawan-kawna ku semua datang, Adam, edy dan kamal. Kamal pula membawa kawan nya iaitu Zack untuk join sekali.ala x kisah makanan banyak. Lagi pula adam tambah dengan sate, macam jamuan rumah terbuka pulak hhehhehe. Jamuan makan dimulakan dengan bacaan doa ringkas . Seronok melihat dorg makan. Aku jadi kenyang kerana puas tengak apa yang dimasak abis dimakan. Betullah kata MAMA ku kegembiraan apabila memasak adalah bila masakan itu habis dimakan.

Terima Kasih kawan-kawan ku kerana sudi bertandang kerumahku dan makan beramai-ramai.Aku berharap aktiviti bergini akan diteruskan lagi……..monolog dalaman ku hadir lagi. Selesai makan dan mengemas kami semua solat isyak berjemaah. Hari yang penuh bermakna dalam hidupku.


……………………………………………………………………………………………………………………………………………

(cerita dan watak diubah sedikit untuk kesesuaian penceritaan, namun situasi diatas 90% benar-benar berlaku)