Saturday, May 23, 2009

PERLUKAH AKU......................

Ntahla kekadang aku rasa apa yang aku buat dekat kawan-kawan ku tuidak dihargai...............aku bukan la minta dihargai namun tidak adakah sekelumit dihati diorang bahawa aku wujud disisi mereka.

kadang-kadang aku terpaksa mengenepikan hasrat ku semata-mata untuk mengembirakan dan bersama-sama dengan kawan.

SUSAH SANGAT KE MEREKA NAK MENGHARGAI ORANG YANG ADA DIDEPAN MATA?

bila orang itu telah tiada baru la nak menyesal kerna x sempat membalas jasa-jasa yang diberi.

AKU TIDAK MINTA DIHARGAI
AKU TIDAK MINTA DIHORMATI
AKU TIDAK MINTA DISAYANGI

cuma sekadar cukup memahami diriku dan menjadi kawan ku ketika senang dan susah, gembira dan sedih.

KADANG KADANG orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang paling menyakiti hati kita.

AKU juga manusia yang tidak sempurna , ada kelemahan.

sifat ku............aku akan take care kawan2 ku, bergelak ketawa dengan mereka dan bersenda gurau dengan mereka

sifatku.............aku akan senyap dan diam seribu bahasa kepada mereka yang ..................fikir la sendiri

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru-guru di MALAYSIA saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU terutama sekali semua PENDIDIK yang telah mengajar saya.antara sekolah-sekolah dan TEMPAT PENGAJIAN yang pernah saya menimba ilmu

1. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK,KL
2. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM
3. SEKOLAH RENDAH HICOM,SHAH ALAM
4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH, SHAH ALAM
5. MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG
6. KOLEJ SHAHPUTRA (matrikulasi akaun KPM)
7. UITM DUNGUN, TERENGGANU

Jasamu memang tidak terbalas dengan wang ringgit, kini aku telah menamatkan pengajian ku sebagai IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN PERBANKAN ISLAM.

GURU YANG PALING BERMAKNA DALM HIDUPKU ADALAH HADIJAH BINTI ABDULLAH Bonda kesayangan ku. terima kasih mak SELAMAT HARI IBU JUGA.

Monday, May 4, 2009

Aku pun tak tau kenapa.....................


Salam kepada semua pembaca blog..................ari ni nk share sikit tentang pengalaman yang telah ku lalui. tak tau hujung pangkal hati ku tersentuh dengan seorg sahabat meluahkan ketidakpuasan hatinya padaku. JUJUR aku katakan aku juga insan biasa ada buat salah.Seandainya saya ada membuat salah kepada semua pembaca blog ini terutama sahabat-sahabat saya yang saya kasihi. Saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Tegurlah saya jika nampak kekhilafan terhadap diri saya tapi jangan lah meninggalkan saya tanpa sebarang teguran. maki la saya, herdik la saya jika itu dapat membuatkan saya menjadi lebih baik. Saya lebih suka orang mengeji dari memuji kerana apa kerana kita tau siapa diri kita. Hari ni dalam sejarah aku betul-betul tersentuh dan sebak mendengar luahan hati sahabatku tentang diriku. Aku cuba menahan manik manik kecil supaya tidak jatuh namun aku mengalah membiarkan ia jatuh kebumi. BERAT SUNGGUH DOSAKU AGAKNYA SAMPAI BEGITU SEKALI luahannya.AKU X SALAHKANNYA NAMUN AKU BERTERIMA KASIH PADANYA KERANA MENGAJARKU ERTI janji.SAHABAT adalah sebaik2 bayangan atau cermin diri kita .Buat masa ini biarkan ku bersendiri bagi MUHASABAH diri.