Saturday, January 23, 2010

Selamat Datang 2010


Setiap kali tahun baru, setiap kali itu umur kita terus meningkat tanpa boleh ditahan mahupun disekat. Namun itu menjadikan kita lebih dewasa untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran. Segala ujian dari ALLAH diharap kita tabah dan sabar tempuhinya. Isu-isu mengenai PERASAAN, EMOSI, KEWANGAN, JODOH, PERKAHWINAN, PERSAHABATAN dan KERJAYA seringkali menjengah didalam diri. Namun sedar atau tidak kita tetap akan hadapinya walau sejauh mana kita lari menjauhinya. Itu lumrah, selesai satu perkara akan timbul perkara baru yang lain pula. Cabaran-cabaran inilah yang akan mematangkan kita. KITA BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Tetapi kekadabg kita tidak cukup kuat untuk menempuhinya berseorangan, walau sekuat manapun kita, segagah manapun kita dan seego manapun kita kesedihan tetap juga bersarang didalam hati. Sedih? itu normal buat insan yang bergelar manusia punya norma norma kesedihan dan juga kegembiraan.Namun kita memerlukan seseorang untuk mengurangkan beban yang ditempuhi. SUAMI MEMERLUKAN ISTERI, ISTERI MEMERLUKAN SUAMI, SAHABAT MEMERLUKAN SAHABAT, MURID MEMERLUKAN CIKGU dll. Tetapi sejauhmanakah kita mengenali mereka ini untuk kita jadikan teman bicara meluahkan perasaan. Sudikah mereka mendengar segala keluhan dan masalah atau tepatkah kita memerlukan mereka menjadi teman bicara kita ketika senang dan susah.

Satu persoalan yang perlu dirungkai?

Tekadang kita rasa kita dah cukup kenal ataupun kita cuba mengenalinya untuk menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih baik, Namun bila tindakan ini tidak dibalas semula ia menjadikan sesuatu perhubungan yang tidak seimbang. BERAT SEBELAH. Perhubungan ini ibarat main tarik tali. kedua-dua pihak perlu menarik sekuat hati untuk mewujudkan semangat kesukanan. apabila hanya sebelah pihak sahaja yang menarik sebelah lagi endah xendah maka kekalahan wujud dengan sekelip mata.

Sesungguhnya UKHWAH ITU INDAH BILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

salam tahun baru 2010 dari saya

moga mentari kan muncul lagi

No comments: