Selang dua hari selepas aku membeli tiket pada 4hb dis bonda menelefon dan menceritakan plan ayahlong aku yang mahu mengajak kami sekeluarga berhari raya di PADANG RENGAS, PERAK. Menurut katanya ayahlong plan hendak bertolak ke perak pada hari sabtu 6hb padahal aku sudah beli tiket pulang pada 7hb.aku kebingungan dan aku sempat memberi pendapatku pada bonda supaya beliau pergi bersama2 adikku kerana aku telahpun membeli tiket pada 7hb. Bonda tidak mahu pergi tanpa kehadiranku....Selepas selesai saja ganggang telefon diletak aku terus bergegas pergi ke stesen bas untuk menukar tiket. Nasib aku amat baik tiket pada 5hb masih ada aku terus menukar tiket dan perlu membayar wang lebih rm10 atas enda penukaran tiket. waktu itu aku tidak kisah yang penting bonda dapat berhari raya bersama-sama sanak saudara. Aku terus menelefon bonda dan memberitahu kabar gembira yang aku dapat menukar tiket pada 5hb.
Tepat pukul 8.00 malan 5hb Dis aku selamat sampai ke rumah.............waktu itu bonda dan abang dan kak ipar ku baru pulang dari pejabat. Anak buah kesayang uncle juga......rayyan masih ada hahhahhaha..........
Pada 6hb pukul 5 petang aku sekeluarga bersama keluarga ayahlong menaiki sebuah van dan terus bertolak dari KL ke Padang Rengas , Perak. Keadaan jalan di highway UTARA SELATAN (PLUS) agak sibuk kerana ramai orang berpusu-pusu mahu balik beraya dikampung namun kesesakan ini tidak seperti kesesakan di pusat bandar.Tepat pukul 10.30 malam kami selamat tiba di Padang Rengas.Kami disambut oleh warga kampung padang rengas dengan penuh meriah sekali.Semua telah keletihan selepas dijamu makan kami terus merehatkan diri. Namun kemeriahan masih terasa dengan hilai ketawa makcik2 ku yang turut mencuit hati ku hhahahha.. Sedar tidak sedar aku terus dibuai mimpi indah.
No comments:
Post a Comment