Sunday, December 13, 2009

Diva Devana masuk HOSPITAL?


11 Disember 2009-Kuala Terengganu- Seorang diva devana telah dimasukkan ke hospital SULTANAH ZAHIRAH KUALA TERENGGANU dan telah ditempatkan di WAD ISOLASI. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, diva ini dikatakan sedang dalam kecelaruan dan amat memerlukan perhatian sehinggakan tekanan darah nya menjadi rendah.

Mengimbau kembali bagaimana berita ini boleh tersebar, seorang sahabatnya yang namanya dirahsiakan sewaktu beliau mengSMS diva ini untuk mengajaknya ke pantai kelulut untuk makan sotong celup tepung RM5 sepinggan besar x seperti di TELUK KETAPANG. Diva ini telah menolak pelawaan itu dengan alasan ada hal petang tersebut. namun sahabatnya itu yang agak lurus mempercayainya. lalu sahabatnya itu pergi dengan shah seorg kenalannya juga.

Setelah sekian lama x menjejakkan kaki ke PANTAI kelulut, ini la masa yang paling sesuai utk menikmati keindahan pantai kelulut sambil menikmati sotong celup tepung RM5 dan sepinggan nasi goreng cili padi. cili padi saje bapokk byk sgt diletakknya.kekkeke. setelah berjalan2 tepi pantai sekadarnya sahaja. Shah ajak pulang. Sesampai sahaja menghantar shah ke rumahnya. Aku ingatkan nak pergi keruma diva ni,lalu sms ditaip namun tiada balasan dr sms. Simpang rumah diva tersebut telah terlepas.Tetiba hp berbunyi.kedengaran ringtone SEHATI BERDANSA berkumandang. rupa-rupanya DIVA DEVANA call. Diva Devana dengan tidak sengaja mengkhabarkan dirinya kena tahan di HOSPITAL dan dimasukkan di WAD ISOLASI. Aku agak kaget, terkejut dan terkesima. pemanduan ku jadi x menentu.Aku pun bertanya KO BIOR BETUL DIVA DEVANA,jgn gurau2 bab2 gini sambil air mataku jatuh. aku pun x tahu kenapa. Diva itu membenarkan kenyataan yang dibuat.

Aku dengan segera terus memecutkan keretaku ke arah hospital. Aku mula mencari Wad isolasi tetapi gagal. Ku gegeh kan juga mencari sambil hati berdebar2 x sabar nak jupe si DIVA ini. Sewaktu mencari, sms dr diva kuterima. 'Wad isolasi belakang umah mayat' berderau darah ku. jam pada waktu itu menunjukkan pukul 7.00 malam. Rumah Mayat yang dipanggil UNIT FORENSIK telah kutemui. Aku cuba ingin bertanya dalam kaunter tersebut dimana wad isolasi. Ku bagi salam xde menjawab, ku tekan loceng sunyi tiada tindak balas.tetiba aku rasa kesejukan. Terus kuberedar dari rumah mayat tersebut. Aku tidak putus asa aku REDAHHHHH je untuk mencari. dalam masa yang sama si DIVA ni asyik call tanya dah jupe ke , dah jupe. DIVA DEVANA sgt. Berkat kesabaran akhirnya aku jumpe jugak wad isolasi iaitu berdekatan dengan asrama jururawat dan rumah rehat doktor.

Sampai sahaja di wad isolasi aku terus masuk kedalam, sedangkan waktu melawat telah tamat.ku melilau mencari DIVA tersebut khirnya diva itu melambai2 memanggilku. aku terus bergegas mendapatkannya. Sewaktu menemuinya aku terkejut dan terus memerhatikan mukanya dalam masa yang sama nurse sedang mencucukkan jarum ketangannya untuk dimasukan air insulin. pada waktu itu HANYA ALLAH YANG TAHU hatiku. aku menangis xtahu kenapa bila lihat darahnya banyak keluar sehingga terkena cadar katilnya.Tak kusangka orang yang sentiasa ceria, GELETIS, GEDIK MANJA, YANG SUKA MENYAKAT dan yang suka MENARI berada didepanku sebagai seorang pesakit. Mukanya begitu tabah dan sentiasa mengukirkan senyuman. AKU TAHU KAU KUAT SEMANGAT ADAM.monolog dalaman datang lagi.dalam hatiku berdoa agar DIVA ini cepat sembuh.

Kini telah hampir 3 hari diva ini dimasukkan kehospital. pada hari ini juga tiada lagi air dimasukkan kedalam badannya. mukanya nampak merah berdarah seperti orang sihat semula.Cumanya catatan suhu badannya agak tinggi sedikit membuatkan dia demam. Aku melawatnya 2 kali sehari pagi dan petang. Untuk memberinya semangat dam motivasi. Orang sakit memerlukan kecerian disekelilingnya untuk memulihkan dirinya. AKU, SHAH dan EDY SENTIASA BERKESEMPATAN UNTUK MELAWAT diva ini kerana beliau adalah SAHABAT KAMI. Aku rindukan kerenah kO.

Dikeadaan lain pula, aku berjaya membuat dan memasak cucur keria dengan JAYANYA ditambah pula dengan gorengan bihun untuk dibawa bekal kepada adam dan berkelah dengan kawan2 yang lain.Aku , shah dan edy pergi ke pantai batu buruk ala2 berkelah disana untuk memakan bekalan yang dibawa setelah melawat adam.Sesi fotografi dan karaoke turut diadakan namun hati kami tetap sedey mengenangkan KUMPULAN GENG PENGEMBARAAN KAMI yang kekurangan seorang ahli.AKU MENDOAKAN KO CEPAT SEMBUH SAHABATKU .


SEKIAN LAPORANN BERITA


kekkekekkekekek

No comments: