Sunday, November 22, 2009

Aku Punya Teman........


AKU PUNYA TEMAN………

Aku punya teman…teman sepermainan…ahhh ahhh ahhh…………….opocot!!!!!!! . aku termelatah dek kerana di cucuk oleh shah, pada ketika itu aku sedang asyik melayan lagu dari RATU-TEMAN TAPI MESRA. Asyik bangat sih sampai x sedar si shah masuk ke rumah.

‘woit, masuk umah org x reti bagi salam ke? Ayooooooo ko ni’ kata ku sambil mencekak pinggang

‘Dey macha….aku dh bagi salam sampai 3 kali ok, doh mu tu tergedik gedik terkinja kinja melayan lagu teman tapi mesra tu, ape kejadahnya’ balas shah

Aku pula tersenyum sipu malu akibat terjahan shah. Shah salah seorg kawan-kawan rapatku di Terengganu. 3 lagi kawan ku on the way ke rumah ku iaitu edy, adam dan kamal. Pada hari ini, aku buat makan-makan sikit untuk kawan-kawan, ala saje je nak suruh dorg merasa masakan ku yang setaraf chef hotel 5 bintang ni kekkekke. Tapi xleh lawan chef kegemaran ku CHEF RIZZZ anak kesyaangan cheff wan tu kkekekkeke.

Telinga ni dah sakit dah bila dorg asyik bertanya ‘bila ko nak masak ni,imran ktorg nak makan masakan ko ni’. Eh sape pulok imran kekkekek …………..aku la imran , yang kacak lagi bergaya , lemak berkrim disukai ramai kakkakakkaka……..perasan pulok aku ni. Menu pada hari tu ayam masak lemak cili padi, asam pedas ikan pari dan sayur kailan ikan masin. Perghhhh dengar menu dah meleleh air liur belum makan lagi tu kekkekke. Tgk org la beb…..kkekek.

Shah dengan penuh kesungguhan ingin menolong ku didapur.aku pun memberi tugasan pertama kepadanya memotong ayam dan sayur kailan. Senyuman terpancar dimukannya kerana dapat tugasan dari ku. Sedikit gedik pun ada bila dia mula memotong ayam. Ku biarkan saje keletahnya……….aku hanya mampu tersenyum hehheh. Aku pula dengan gigihnya memasak menu pertama ikan pari masak asam pedas. Bak kata MAMA ku masak ni main campak2 je. Cukup masin cukup masam kira suksess la. Itulah petua yang kuamalkannya. Ehhhhh bagi pemasak yang amatur tu, jangan salah anggap pulak. Kaedah ini bagi orang yang dah biasa memasak sahaja huhuhu. Menu pertama suksess, menu kedua juga suksesss. Sedang ingin memasak menu ketiga iaitu kailan ikan masin , Kedengaran bunyi hp lagu lucky-AKU BUKAN SUPERMAN berkumandang memecah kesunyian dapur. Sebelum mengangkat sempat juga mengoyang goyangkan pinggul mendengar lagu itu kekkekek. Butang menjawab ditekan

‘Salam satu Malaysia, imran disini boleh saya bantu’ kataku seperti lazimnya bagaikan operator telefonis kelancaran ku menjawab panggilan.

Kedengaran suara orang mengekek ngekek dihujung talian kekkeke kekkeke kekkek kekkekek kurasa samapai 1 minit setengah kot kemengkekekan nya itu kekkekekke…………..dan kumula sedar siapa empunya kekekan itu. Itulah kawan ku yang bernama edy hehheheh. Edy edy x abis abis dgn kekekan mendengar suara operator itu hhehheheh.

‘Wei imran, aku la edy’ balas edy

‘Aku dah tau dah” balas ku

“Imran aku lewat sikit dtg umah mu, aku g jogging dgn cikgu dulu, lps maghrib aku dtg umah mu k” kata edy

“ berehh boh, janji ko dtg, aku dah masak banyak ni” balasku

“mesti…….aku mesti dtg. Aku mmg lapar im, simpan perut utk makan masakan mu hehheh…..ok”jawab edy

Talian dimatikan disitu. Ku sambung semula memasak kailan ikan masinku yang tergendala sebentar. Jam didinding menunjukkan pukul 6.30 ptg ermmmmm. Selesai sudah memasak untuk dihidangkan kepada kawan-kawan ku. Si shah telah masuk ke bilik air dahulu untuk membersihkan diri kerana sebentar lagi akan masuk waktu maghrib.Aku pula mengemas dapur…kebersihan adalah penting dalam kaedah memasak cewahhhh.

Selesai menghidang makanan diruang tamu, hp berbunyi lagi. Tertera nama Adam di skrin hp.

“ Assalammualaikum, ye adam, ada mana tu? Jawab ku
“wkslm im, aku lewat sikit, tapi jangan risau aku ada beli sate untuk kita makan mlm ni ramai2” balas adam

“Ayooo sate ka, my favaurite tu kekkekkek………tapi adam, makanan dah banyak ni, kang x abis pulak” kataku

“ Jangan risau abis punya, tapi yang penting aku nak makan masakan ko im” dengan gediknya adam ketawa kekkekekekk

“yo lah tu”balasku

Selesai solat maghrib berjemaah dengan shah, kawan-kawna ku semua datang, Adam, edy dan kamal. Kamal pula membawa kawan nya iaitu Zack untuk join sekali.ala x kisah makanan banyak. Lagi pula adam tambah dengan sate, macam jamuan rumah terbuka pulak hhehhehe. Jamuan makan dimulakan dengan bacaan doa ringkas . Seronok melihat dorg makan. Aku jadi kenyang kerana puas tengak apa yang dimasak abis dimakan. Betullah kata MAMA ku kegembiraan apabila memasak adalah bila masakan itu habis dimakan.

Terima Kasih kawan-kawan ku kerana sudi bertandang kerumahku dan makan beramai-ramai.Aku berharap aktiviti bergini akan diteruskan lagi……..monolog dalaman ku hadir lagi. Selesai makan dan mengemas kami semua solat isyak berjemaah. Hari yang penuh bermakna dalam hidupku.


……………………………………………………………………………………………………………………………………………

(cerita dan watak diubah sedikit untuk kesesuaian penceritaan, namun situasi diatas 90% benar-benar berlaku)

No comments: