Saturday, November 28, 2009

Monolog dtg lagi...


Semalam. aku x tau kenapa.perasaan ku 9 tahun lepas dtg lagi dek kerana satu ayat yang berbunyi " aku x nak ganggu mu lagi". Dengan tidak semena-mena aku termenung seketika. apa salah ku? apa dosaku? sehingga terlontar kata-kata itu dibibirnya. KU cuba menyedapkan hati ku dengan berperasangka dia hanya bergurau. tapi........hati ini memang suka berfikir bukan-bukan. aku coba menelefonnya berulang kali, tiada jawapan dihujung talian. aku cuba sms nya. tiada juga jawapan. jiwa ku buntu, perasaan ku celaru. ada kah dia sakit? atau ada masalah? ku cuba dan terus mencuba menghubunginya. namun masih tiada jawapan.Ku termenung sejenaak APA SALAHKU?.dulu kawan baikku ku juga meninggalkan ku tanpa memberitahu apa salahku. aku x mahu ini terjadi lagi. kedengaran lagu KAULAH SAHABAT KAULAH TEMAN nyanyian kumpulan HIJAAZ dicorong radio. sungguh menyentuh perasaan.

Malam tu aku x lena tidor memikir kan, ape sebenarnya masalahnya? aku berdoa dan terus berdoa agar tiada kejadian buruk menimpanya. Keesokan harinya aku mencoba menghubungi nya namun masih tiada jawapan.kurasakan jika dilihatnya berbelas atau berpuluh-puluh miskal dr ku kpdnya. ALLAH MAHA ADIL , DIA memberi petunjuk padaku, aku mencoba menelefon operator bertanyakan telefon rumahnya. kebetulan aku menggetahui nama ayahnya. aku x tau dari mana dtgnya semangat untuk mencari no telefon rumahnya/ mungkin bimbang akan keadaan dirinya kerana panggilan tidak dijawab. aku memperolehi no tel rumahnya dr operator telekom setelah memberiahu nama ayahnya dan kawasan mana dia tinggal.Dan aku juga x mengharap sgt no yang kuperolehi itu adalah no tel rumahnya.Namun aku tetap mencoba mendail.

Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian menyambut salamku. terus kubertanyakan untuk bercakap dengan sahabatku. dia berkata sebentar. hatiku berdebar adakah itu no telipon rumahnya. gagang telipon bertukar tangan. empunya nama telah menjawab panggilan.dan aku memang cam itu memang suaranya. ALHAMDULILLAH........ aku bersyukur dalama hati ALLAH telah makbulkan permintaanku. Aku cuma ingin tahu dia sihat atau tidak.kedengaran suaranya seperti biasa ceria.Dia terkejut aku menelefonnya menggunakan telefon rumah sedangkan dia x penah memberitahu aku no tel rumahnya.

uNTIL SEKARANG DIA X PENAH tanya kenapa aku sanggup mencari no telepon rumahnya...........BIARLAH AKU YANG TAHU. JAUH disudut hatiku aku x mau kehilangan seorang SAHABAT lagi seperti yang berlaku 9 tahun yang dulu.

No comments: