Sunday, November 22, 2009

Aku Punya Teman........2


AKU PUNYA TEMAN…2

Tanggal 18 November 2009, aku telah jatuh sakit demam panas. Pada hari sebelumnya telah kurasa sintom-sintomnya tapi aku tidak mengendahkannya. Balik sahaja kerja aku mula rasa sejuk panas dalam diri. Pening dan muntah-muntah. Aku pun menelan panadol dan terus menidurkan diri dengan harapan keesokkannya aku sihat sejahtera dan boleh pergi bekerja seperti biasa. Namun takdir ilahi telah menentukan demam ku bertambah panas, rasa pening kepala berdenyut-denyut. Aku menggagahkan diri pergi kedapur dan membasahkan tuala untuk diletakkan diatas dahi ku. Seseungguhnya aku dah biasa keseorangan dan sakit juga turut keseorangan. Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya. Aku kuatkan kan diri, cekalkan hati mengharungi ini semua. Ada yang lebih teruk dari ku. Itu kata kata memotivasikan diriku. Ku telan ubat doctor yang ku ambil 3 bulan lepas dan terus membaringkan diriku yang lemah akibat demam.

Alhamdulillah, demam panasku telah bekurang pada keesokkan harinya tapi masih terasa kepala seperti ada batu dan berdenyut-denyut. Memang gerenti pagi tu aku x dapat memasuki pejabat. Aku terus mengON kan LAPPY kesayanganku dan mencucukkan BEROKBANG untuk sambungan internet. YM (yahoo meseengger ) dengan automatic terus terON.

Orang pertama yang menegurku adalah abg mal (kamal) setelah bertegur sapa dlm ym baru ku kaborkan kepadanya yang aku dirumah , keuzuran kekkek…………..(isshhh ko ni im leh tergelakk pulak.). abg mal bersungguh menasihatkan aku supaya pergi ke KLINIK atau hospital. Aku mengiyakannya sebab kepala ku pening sgt. Then aku x tau bila masa aku tertido ym abg mal telah terpadam sebaik sahaja terjaga semula .

Orang kedua yang menegurku dalam ym adalah edy setelah sejam berlalu…..

Dd dido: Salam, im wat pe, sihat? Dah mkn? Bz ke? Sorry ganggu
Kj : wkslm. Edy aku kat umah , x sihat
Dd did0: Demam ke
Kj : demam panas
Dd dido: dah g klinik ke, dah makan ubat ke
Kj : x
Dd dido: weii g ar klinik, xpun mkn panadol. Ko nak aku g sana ke teman ko?
Kj : dah mkn ubat yang ada dlm simpanan td, eh x yah la edy susahkan mu je. Kepala aku ni pening sikit berdenyut denyut
Dd dido: kesian ko im, kalu aku ada leh tlg picitkan
Kj : xpe kejab lagi baiklah tu, wei aku nk rehat jab kepala aku pening sgt
Dd dido: ko rehat la dulu k

Aku pun menutup ym edy, x sampai 5 minit orang ke3 menegurku adalah adam

Fadzli SYED: WOIT….demam ke
Kj : yup
Fadzli syed : teruk ke
Kj : x la
Fadzli syed : kalu ade pape msg ah aku
Kj : k

Aku pening sgt, tu sebut jawapan ku sepatah sepatah je, kalu x macam karangan aku berym dengan adam dan kengkawan lain.

Aku pun menidurkan diri dengan harapan apabila bangun nanti kurang sedikit. Setelah agak lama berehat aku tersedar apabila kedengaran ketukan pintu dari luar. Kulihat jam didinding tepat pukul 12.45 tghari. Aku mengigihkan diri bangun untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu itu. Rupa-rupanya shah datang, terkejut aku.ku buka pintu dan memberinya masuk.

‘wei nape dtg, terkejut aku.ko tau aku sakit ke’ dengan x semena mena soklan tu terpacul dr mulut ku(sungguh kurang sopan kan, patutnya bertegur sapa dulu la kan kkekekkek)

‘Mu kan demam aku nak jenguk la’ balas shah

‘ooooo terima kasihla, ko sorg je ke’ tanyaku

‘adam otw, dia g beli makanan jab, nak mkn kt sini’ jawab shah

‘ooooooo ok.’ Jawab ku

Selang beberapa minit adam sampai, ditangan nya menjinjit plastic makanan ,Mc DONAL………….setelah memberi salam dia pun masuk dan duduk diantara aku n shah.

‘ni im utk ko, makanan utk orang sakit’ tiba-tiba adam bersuara

Adam telah membelikan ku bubur mcD dan air milo panas. Dalam hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu bersyukur aku dapat kawan-kawan begini. Aku tergamam dan terharu seketika melihat adam n shah makan burger mcD dan French fries.

‘makanlah im’ kata shah

‘ha a makan la im’ adam bersuara

Aku bagaikan x percaya didepanku ini seorang kawan yang aku baru sahaja mengenalinya tetap dah menjadi seperti sahabat baik dan terasa macam dah lama kenal. Monolog dalaman ku terhenti apabila shah bersuara

‘weii edy kim salam’ kata shah

Wkslm jawabku dalam hati.

‘Terima Kasih korang semua, susah-susah je dtg tgk aku, aku ok je’ jawabku padahal aku pening yang amat hanya ALLAH yang tahu.tapi berkat keseronokan melihat kawan-kawan dtg aku lawan demam ku ini.

Setelah makan dan menonton tv, aku mula rasa kurang sikit dan rasa lebih selesa. Alhamdulillah ALLAH telah makbulkan doaku supaya permudahkan urusanku. Ku bersyukur padamu YA ALLAH.

Adam dan Shah menemani ku sampai ke petang, tapi aku sedikit pelik, dalam hatiku berkata ’dorg ni x kerjake’ kalu aku bersuara kang kata aku menghalau pulak. Aku Tak Akan Bersuara cewahhhh macam lagu nyanyian semula oleh MILA dlm konsert AF kekkeke. Rupa-rupanya dorg semua ni dah siap kerja yang ditugaskan. Al maklum la adam dan shah ni boss-boss besar belaka kekkekke (jgn marah ek adam dan shah aku mendoakan je)

Petang tu kami semua pergi ke Teluk Ketapang untuk makan sotong celup tepung, ikan pari celup tepung dan macam-macam lagi. Di Terengganu ni memang terkenal dengan makanan-makanan begitu selain keropok lekor dan pisang goreng. Aku rasa sedikit demi sedikit kesihatan ku pulih. Mungkin sebab semangat kawan-kawanku dan juga doa mereka. Thanks kengkawan



-----------------------------------------------------------------------------------
watak dan cerita sedikit berubah, tetapi situasi diatas benar-benar berlaku.

No comments: